Kitab Zaad al-Ma’ad ( زاد المعاد ) atau judul panjangnya Zaad al-Ma’ad fi Hady Khair al-‘Ibad ( زاد المعاد في هدي خير العباد ) adalah antara karya al-Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (751H). Diriwayatkan bahawa Ibn al-Qayyim menyusun kitab ini ketika beliau bermusafir sambil duduk atau menunggang di atas untanya. Secara asasnya, melalui kitab ini, penulis (Ibnul Qayyim) membentangkan perjalanan sejarah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara sistematik dan tersusun. Beliau memulakan kitabnya dengan keutamaan diutusnya Rasulullah kepada para manusia Diikuti dengan latar-belakang Rasulullah dan keluarganya, ibu susuannya, penjaganya dan fasa dakwah beliau. Kemudian penjelasan tentang sikap dan karektor Rasulullah. Setelah itu, penulis mengetengahkan pula petunjuk-petunjuk beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bermula dari persoalan berpakaian dan tatacara bermuamalah. Petunjuk beliau ketika berwudhu, sola...
Komentar
Posting Komentar